بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

وَٱلۡعَصۡرِ (١) إِنَّ ٱلۡإِنسَـٰنَ لَفِى خُسۡرٍ (٢) إِلَّا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَعَمِلُواْ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلۡحَقِّ وَتَوَاصَوۡاْ بِٱلصَّبۡرِ (٣)

Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

Friday, January 04, 2013

Tip musim banjir…

• بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •

Assalamualaikum,

wohoooo, tips musim banjir kata kau. ahaha tips lah sangat kan. eh ni tip versi hany yer. based on my experience la yer. Kena ingat setiap orang melalui pengalaman yang berbeza, melalui ujian, dugaan serta cabaran berbeza. Janganlah kita pandang remeh akan pengalaman, ujian, dugaan serta cabaran yang dilalui mereka kerana mungkin kita sendiri tidak mampu untuk mengatasi sekiranya kita yang berada di tempat mereka.jadiiiii enjoice the experience ;)

1) Pakaian

- Ha, kalau korang stay area yang bermusim tengkujuh ni, korang tahu lah macam mana dengan pakaian musim hujan ni. RUmah hany kat kampung tak ada mesin basuh. basuh baju secara manual, iaitu guna lah dua tangan yang ALLAH pinjam kan tu. hehehe, tapi hany malas nak berus ahaha giler penat weh. (maklom ler dah manja bermesin sokmo kan).

- Rendam dgn sabun, leaps tu bilas, rendam dengan downy. sebab downy wangiiii tapiiii mahal. setiap hari basuh basuh ok, sebab kalau dikumpulkan 1minggu, masakla nak tunggu semua kering. balik kerja, terus rendam, malam bilas rendam lagi, subuh esok baru bilas dan perah terus sidai. Selalunya musim tengkujuh berangin, so lambat laun baju tu akan kering jugak. tapi kering dalam keadaan lembab, korang tahulah bau camne kan, sebab tu hany selalu guna downy or TOP. serius sabun TOP yang kaler biru tu, walau kering dalam keadaan lembab, tapi TAK ADA BAU HAPAK langsung. so cubalah guna TOP, yang besh kaler BIRU.

- Hany cadangkan beli lah beberapa helai baju yang kain nya berjenis COTTON RAYON, material dia la. sebab hany dah ada sehelai, serius cepat kering. camno jenis COTTON RAYON ni, ahaha den pun tak pandai nak explain, tapi hany beli dari membe.

484205_452973371405841_1768027707_n

hany beli yang ni, ahahah giler berbunga bunga ngko. janji selesa!

Boleh KELIK SINI kalau nak tengok tengok.

- Kalau mamfu tu, bolehla hantar dobi yer, takpun beli pengering. yang jenis kering terus baju semua, takperlu nak sidai bagai dah. haaa macam dobi tu. tu lah dia, kalau mamfu la…

2) SANDAL

-Sandal, selipar ke kasut ke, mana mana yang seangkatan lah, yang dipakai kat kaki tu. kalau boleh nak je pakai slipar jepun yg getah tu kan. tapiii harus diingat, cari yang selesa, TAK LICIN, TAK SAKITKAN KAKI. Lagi satu, kalau kerja ofis, takkan la nak pakai selipar jepun kan. tak formal la kan. etika pemakaian perlu dijaga, jangan jadikan musim hujan sebagai alasan.

- Al-kisah sandal hany 1jer bawak balik ke ganu. so memang taram yang tu jer lah. sekali air dah penuh kt rumah ni, terpaksa harung air tu guna sandal kerja ku itu. sekali ko, sandal tu jadi berat and siap warna luntur lagi. ahaha cisss, bila dah basah maka berbau hapakla sandal itu. serius tak selesa. ahaha sandal murahan kannn. dan dan tu jugak pergi cari sandal lain, tapi tak jumpa yang selesa. sudahnya taram jer lah yang tu.

254697_228911820480401_7275374_n

- hany cadangkan MONOBO SHOES. hehehe hany baru je try membe punya, seriusly selesa, tak sakit kaki dan fully getah. so selamat untuk harung banjir…yeahhh!MONO pun ada wedges jugak, so korang still boleh melaram lagi, tak semua nya flat. sama jugak kalau pakai crocs kan, getah jugak,mana mana lah yang selesa kan. tapiii hany masih takde lagi sandal getah ni…aiyoooo.

Boleh KELIK SINI kalau nak tengok tengok.

3)  KERETA

- hehehe kalau mamfu, beli la 4x4 punya kereta. ahahaha kalau mamfu yer. kalau tak, hehehe cariklah jalan alternatif ;)

1

eh basah pulak bila hujan…

Homepage-Korando-Banner6 MZ….nanti kita beli ni ehhhh;)

- Hany kat ganu kan sewa kete viva la vida. depan UMT memang air penuh, pintu UMT pun pintu belakang je dibuka sebab selamat untuk digunakan. hari pertama, hany lalu lah jugak depan UMT tu, jemmm sebab air dah penuh, dorang ada cakap kete kancil pun tak lepas, yang hany ni sengal tak sedar diri bawak viva la vida tu pun saiz kancil. dah masuk barisan, memang tak boleh nk reverse carik jalan lain, so pasrahla, redho jerlah. tiba tiba datang sebuah bas, hany biarkan jer dia potong, then hany follow belakang dia.

- ALhamdulillah, selamat lah hany bersama viva la vida dia. terima kasih wahai bas. hari ke2, hany tak lalu jalan biasa dah, sebab ada yang cakap beberapa buah kete kecik dah tersadai. mampus, dahla kete sewa, kang jadi apa2 satu hal pulak. membe suruh lalu jalan lain, tapi hany tak kenal, tapiiii hany follow je kete banyak2 tu. alhamdulillah selamat.

4) PAYUNG

- Sentiasa sediakan payung. ini normal la kan sebab selalunya dalam kete memang ada payung kan. tapi bagi hany, dalam henbeg pun kena ada payung ;). hany selalu masukkan payung lipat kecik tu dalam henbeg. atleast dapat cover kepala pun dah ok lah kan. sebab kalau hujan lebat ditambah dengan angin…harapan la, kompem basah jugak.

1_1330942122IFEELSLOVENIAAGREEN

5) MAKANAN

- make sure dalam henbeg korang tu adalah bekalan makanan untuk kunyah kunyah, nak nak lagi kalau korang gastrik. macam hany, kalau tengahari hujan, memang malas la nak keluar makang. sebab nantikan basah lencun, mesti tak selesa nak bekerja. kalau petang nak balik tu, hany rela jer redah hujan, walau lebat pun sebab basah pun takpe lah dah nak balik kan;)

091810_5874

- pilih makanan yang bleh tahan la kenyang nya kan.

Setakat ni, itulah dia sikit tip dari apa yang hany alami. mungkin korang ada nak tambah, hehe apa salahnya berkongsi kannnn ;)

10 comments:

Mrs Velentine said...

nice tips

Cik Nur said...

sempoi punya tips..
cuma tang redah air tu..serius nur takut..
lagipun xde pengalaman lagi..
pengalaman redah lopak air pernah laa..hihih

Arina Shamsul said...

hehehehehe,jangan lupa sediakan pelampung..kekekeke.

Chic Na said...

tips banjir pulak ye. tang makanan tu cikna sokong. hihi..

kinara kinatara said...

huhuhu...nice tips kak:)

mamawaiz said...

time hujan ni..teringin nak dryer, sng...sbb baju lembap mmg busuk

syalinda johari said...

barukutahu TOP biru tu best..nk beli gak nanti

Misz Mieza said...

Betul2.. Baru2 ni kampung kat kemaman teruk dilanda banjir.. Tak pernah seumur hidup duk kemaman kena banjir.. Musibah yang sudah tentu banyak hikmahnya.. Apa pun syukur kaum keluarga semua selamat.. =)

Dayana Bahar said...

huhu tips yang menarik...

Cinta Misteri said...

hahahaha jgn main air banjir. banyak wabak penyakit. kalau boleh pergilah ke tempat2 yg selamat

Followers