Dengan menyebut nama Allah, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.[Surah Al-'Asr Ayat 1-3]


Wednesday, January 26, 2011

Kesan SOYA pada kesihatan



**from mail**


Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka.


Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.


Antara keburukan kacang soya yang dapat saya simpulkan dari pembacaan saya:


1) Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.

2) Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.

3) Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.



Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)

(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)


Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.


Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan perencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.


Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.


(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)

Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe .


(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupun sedikit.


Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.


Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.


Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.


Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.


FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!


FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari! Pergh!


FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.


Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan.


MENJANA KESIHATAN MENGIKUT SUNNAH SEBELUM TERLAMBAT

**sharing is caring**

13 Org yg suka HIJAU ;):

wida said...

x sangka byk keburukan minum soya ni..dah lah sy suka sgt minum soya..konon2 minum soya boleh putih,huhu

Diela Zaimi said...

ishh x sangkanya...selama ni kita disogokkan dgn kebaikan soya je...langsung x terfikir yg benda tu x elok...nasib baikla bkn penggemar soya...kena bgtau encik hubby ni sbb die penggemar utama...
thanx hany... ;)

Nafisa81 said...

tempe = kacang soya...tidakkk...!!

mzhany said...

@wida
ha itu jugaklah yg akak selalu dgr...


@diela
hany pun bukan penggemar soya. tapi tu la , ini pun hany dapat dr email nih...


@nafisa
Tempe hany rasa boleh. sebba kt entri ni ada cakap tempe dah melalui proses penapaian, jadi bahan kimia hemagluttinin dan perencat pertumbuhan telah di deaktifkan semasa proses penapaian. jadi tempe selamat untuk diamalkan.

Norhafiza said...

ya hany..No pun ada terima email ni gak dlu..pastu kengkawan buh lam fb..huhu..kami ni HANTU soya..siap beli soya milk maker lagi tuh..huhu..

mamaaizara said...

btul ke ni? azi tiap hari minum soya skrg, nak anak putih..

ardinihumaira said...

dni sampai skang tak leh skip minum soya... tapi yang dni pasan... kalo dni banyak minum soya otak dni lembap sket.. cam cepat blur

mzhany said...

@no
wohooo siap beli soya maker tuh..huhuhu


@azi
ummm azi, better azi search betol2. tp azi, pengalaman hany, sepupu hany anak dia alergik, effect ms pregnan dia duk minom soya selalu. susu pun takleh bagi susu baby biasa kena yg soya based.memang la anak dia putih, tp susah sgt nk makan, ikan, ayam semua alergik. sekarang ni 2thn lebih dah. memang still alergik la.


@dni
owhhh dni boleh rasa eh effectnya...akak mmg xleh minom soya memang nak muntah.

munna said...

kena lah tukar habit minum soya lepas ni.. masa mengandung lagi kak munna suka minum... thanks hany

mzhany said...

kakmunna,
saya hanya share ape yang perlu kak. umm bk kali dapat email pasal soya nih.terpanggil jugak la kan, demi generasi ISLAM akan datang kan kak....

shafida2 said...

hus......bahayanya..ingt masa ngandung dulu-dulu, org kata minum soya anak putih..rupanya salah...huhuhuhhu

tq hany ...minta share kat blog ke2 saya ye...tq

Anonymous said...

sejauh mane kebenaran mengenai soya nih...??? fakta atau auta semata??? kalo betol la soya penyebab kanser...mesti nenek saya da lama mati akibat kanser. sbb hari2 dia minum soya. but,until now (85thn),she still alive.jgn kate kanser,diabetis n high pressure pon xde.how? n kalo betol soya leh wat otak lembap, mesti saye tidak berdiri dimane saya berpijak sekarang. hm.... pendapat saya...setiap mknn yg kite mkn... mesti ade baik buruknyer...depends on yourself,kne tgk jugak,cre pengambilan sesuatu mknn itu. ;')

mzhany said...

hai anynomous,
saya setuju dengan apa awk cakap, kena tengok cara pengambilan makanan jugak. info ni saya dapat dari email.

Alhamdulillah, nenek awak sihat sampai sekarang, yerlah orang zaman dulu mengamalkan cara makan yang bagus, dari segi ulam ulaman nya, dan makanan dahulu berbeza dengan makanan sekarang, dari segi campuran kimia la ape la kan, dan belom sentuh bab halal haram lagi kan...

saya ada saudara terdekat, masa mengandung soya memang dia amalkan, maklomla nak anak putih, alhamdulillah dia lahirkan anak yang putih melepak. anak dia tu banyak sangat alergik, ayam tak boleh, ikan tak boleh. susu plak kena yang soy based jer. katanya maybe sebab terlalu amalkan soya jadi anak sangat alergik. tapi mungkin ini kebetulan sahaja kan.


yang pasti,
setiap makanan tu kalau berlebihan sangat memang tak elok kan. yang pasti marilah kita amalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang serta menjaga ke HALAL an makan minum kita...InsyaALLAH...

Followers

Related Posts with Thumbnails